9 Rahsia Orang-Orang Yang Berjaya:
1. BERANI MENGHADAPI CABARAN HIDUP
Orang berjaya faham bahawa lebih penting untuk lebih fokus pada peluang daripada halanga
n.
2. BERANI BERTINDAK SERTA MERTA
Orang berjaya tidak akan teragak-agak untuk bertindak setelah mereka
membuat keputusan dan mereka sentiasa komited dengan keputusan sedangkan
orang gagal hanya terus mengharapkan sesuatu untuk berlaku.
3. BERANI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN SETIAP TINDAKAN
Orang berjaya boleh membezakan antara tanggungjawab dan hak.
4. BERANI UNTUK BERCAMPUR DENGAN ORANG-ORANG BERJAYA
Orang berjaya suka belajar dari orang yang sudah berjaya bukan untuk membodek. Kejayaan sukakan kejayaan.
5. BERANI UNTUK MEMILIH UNTUK BERTINDAK SEPENUHNYA ATAS KAPASITI DIRI SENDIRI
Orang berjaya tahu apa kelebihan diri dan berusaha untuk menggunakannya semaksimanya.
6. BERANI UNTUK MEMBINA PELBAGAI SUMBER PENDAPATAN
Orang berjaya memang cemerlang dalam 1 aspek tetapi mereka tetap mempelbagaikan sumber pendapatan yang pasif.
7. BERANI UNTUK BERFIKIRAN BESAR & JAUH
Orang berjaya sentiasa mencari hasil yang maksima setimpal dengan usaha mereka.
8. BERANI UNTUK TIDAK GENTAR
Orang berjaya sentiasa mengurangkan gemuruh dengan lebih bersedia, lebih fokus & lebih tegas pendirian.
9. BERANI UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN LUAR
Orang berjaya tidak ego untuk meminta bantuan dari orang lain sebab mereka percaya untuk berjaya kita perlukan orang lain.
"Jangan di impi segala bagai, andai diri tidak bersedia berubah dan masih x berubah sejak zaman batu lagi."
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan, semakin jauh
Anda berjalan,semakin bagus anda akanjadi, ia tak pernah berpenghujung.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita buat sesuatu kerana duit dan bukan
kerana mau membantu orang lain dengan produk kita, apa yang diusahakan takkan ke mana dan takkan berkembang jadinya,kerana kita mahukan untung semata-mata.
No comments:
Post a Comment