Info Kesihatan


Apa yang TRANSFER FACTOR dapat bantu??

TRANSFER FACTOR PLUS (90 kapsul)

meningkatkan sistem imun yang lemah (under-reactive)


# TERBUKTI dapat meningkatkan daya sistem imun (aktiviti sek NK) sehingga 437%! Sehingga kini, belum ada lagi produk yang dapat menigkatkan sistem imun setinggi dan sehebat Transfer Factor Plus. 
# Sesuai untuk kegunaan orang ramai terutama kepada mereka yang mempunyai masalah daya imun yang lemah (contoh: Kanser tahap 1 - 4, Masalah ketumbuhan,  Cyst, Sering demam, Darah Tinggi, Penyakit Jantung, Hepatitis, Pre-dialisis, Denggi, Osteoporosis, Buasir dan masalah infeksi kuman)
 

# Kandungan termasuk herba-herba yang terbukti menigkatkan lagi daya sistem imun seperti imuncordyvant, maitake, shiitake, cordyceps dan beta-glucan.


4Life - Together Building People
Produk Food Supplemen berasaskan Transfer Factor yang terbaik di dunia. Mampu meningkatkan sistem imunisasi badan sehingga 437% di dalam mencegah dan membantu merawat pelbagai jenis penyakit dari kanser dan HIV hingga ke resdung dan migraine. Halal dan tidak ada kesan sampingan kepada bayi hingga warga tua. Cubalah hari ini....

ANTIBIOTIK
  
1 biji TRANSFER FACTOR berupaya untuk kenal 100,000 jenis kuman, bakteria, parasit, virus, patogen2 asing termasuk sel kanser dan sel2 asing2 yang tak sepatutnya berada dalam badan dan paling penting TF telah dibuktikan secara saintifik selamat, tiada kesan sampingan dan natural..berbanding 1 biji antibiotik yg berpotensi untuk kenal maksimum 1- 3 jenis bakteria dan perlu try and error kerana tak pasti bakteria apa sebenarnya yg ada di dalam badan dan yg paling merisaukan kerana antibiotik mempunyai kesan sampingan..Buatlah pilihan yg terbaik demi kesejahteraan orang2 yg tersayang..


PENYAKIT JANTUNG


GANAS SANGAT KE PENYAKIT JANTUNG NIE???
Nak tahu betul atau tidak? mari kita baca fakta menarik tentang penyakit jantung...:
  • 1/3 Penderita Meninggal Kerana Sakit Jantung 
  • Setiap Minit Dicatat Kematian Kerana Sakit Jantung - Menurut satatistik, serangan sakit jantung di seluruh dunia berlaku setiap 20 saat dan kematian akibatnya berlaku setiap 1 minit 
  • Gologan Wanita Lebih Berisiko - Lebih banyak golongan wanita yang meninggal akibat penyakit jantung berbanding lelaki. Jumlah wanita yang berusia 50 tahun yang meninggal akibat penyakit jantung adalah 2 kali ganda berbanding lelaki. 
  • 50% Meninggal Sebelum Sampai ke Hospital - Hanya 9% mereka yang selamat dan sempat sampai ke hospital. 
  • Golongan Wanita Lambat Mengesan Serangan Jantung - Ini mungkin penyebab mengapa golongan wanita lebih ramai meninggal akibat penyakit jantung. 
  • Lebih Bahaya dari Kemalangan - Jumlah yang meninggal akibat penyakit jantung lebih tinggi berbanding akibat kemalangan jalan raya. Risiko untuk meninggal bagi pesakit jantung 10 kali ganda berbanding mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
  • Penyakit yang Mahal - Pusat penyelidikan di Amerika Syarikat menyebut bahawa kos pengubatan bagi pesakit jantung dalam tempoh 3 tahun sekitar US$ 600 bilion. 
  • Lebih Ganas dari AIDS - AIDS memang penyakit yang berbahaya. Namun, fakta menunjukkan penduduk bumi yang berpotensi untuk meninggal akibat penyakit jantung adalah 30 kali lebih besar daripada AIDS. 
  • Sering Menyerang pada Waktu Pagi - Paling kerap berlaku pada pagi isnin dan sabtu. Hal ini berlaku kerana salur darah menyempit pada waktu pagi. 
  • Keturunan - Ini merupakan faktor yang cukup besar. 
  • Pembunuh No.1 - Di kebanyakan negara, penyakit jantung adalah pembunuh no.1 dan sekiranya digabungkan pembunuh no.2 dan no.3, mangsa penyakit jantung jauh lebih tinggi.
KAJIAN KEATAS PESAKIT KANSER

Tolong sampaikan dan bantu sekeliling anda. Share info ini jika anda rasa ia berguna utk manfaat pd yg ramai.
Clinical Study on Transfer Factor.
Terhadap 20 pesakit kanser stage 4. Tinggal 3.7 bulan utk hidup kata doktor. Ujian keatas 12 perempuan dan 8 lelaki.Ternyata setelah 6 bulan kajian setelah mengambil TF , 16 drpd 20 pesakit masih hidup dan dlm keadaan beransur pulih. Usaha dan sertakan tawakal bulat serah pd Allah diatas penyembuhan.In shaa Allah.Sampaikan pd rakan2 jika ingin berikhtiar cara ini contact sy 018-9787813.Sy sedia membantu.



KANSER USUS

                   

Kanser usus atau barah usus (bowel cancer) merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003, kanser usus merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas kanser payudara (breast cancer) dan kanser pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu, kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.

Kebanyakan kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan kanser usus. Kanser ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua kanser usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi kanser.

Risiko untuk seseorang individu untuk mendapat kanser usus adalah menjadi lebih tinggi sekiranya individu tersebut memiliki faktor-faktor berikut:
  • Berusia (lebih daripada 60 tahun).
  • Berketurunan African American dan Timur Eropah.
  • Memakan banyak daging merah dan daging proses.
  • Menghidapi apa-apa jenis kanser.
  • Menghidapi ketumbuhan dalam usus (colorectal polyps).
  • Menghidapi penyakit inflamasi(radang) usus (Crohn’s disease atau Ulcerative colitis).
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • Wanita yang menghidapi kanser payudara.
  • Menghidapi kencing manis (diabetes mellitus).
Penyakit-penyakit genetik seperti Familial adenomatous polyposis (FAP) dan Hereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti meningkatkan risiko kanser usus.
Selain itu, faktor-faktor pemakanan seperti kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurang memakan makanan berfiber dan pemakanan daging merah secara berlebihan juga menyumbang kepada pembentukan kanser usus. Merokok dan juga meminum minuman keras (alkohol) pula adalah satu faktor yang sudah lama dikenalpasti untuk menyebabkan apa-apa jenis kanser.
Jadi, apakah tanda-tanda amaran atau simptom-simptom yang dialami oleh penghidap kanser usus ini? Antaranya adalah seperti berikut:
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Darah di dalam tinja.
  • Perubahan pada tabiat membuang air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
  • Kehilangan berat badan.
  • Badan tidak bermaya.
Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama, segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan, sekiranya diagnosis atau pengesanan kanser usus ini dibuat lebih awal, ia boleh dirawat sepenuhnya.
Semestinya, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. “An apple a day, makes the doctor away“. Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat boleh mencegah daripada mendapat kanser usus ini.



KETUMBUHAN (TUMOR) /BARAH


KETUMBUHAN-BENIGN 

Ketumbuhan ini mungkin membentuk di pelbagai bahagian badan. Ketumbuhan lembut merebak dengan perlahan dan tidak menyerang tisu. Ketumbuhan ini tidak membahaya sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, ketumbuhan ini boleh menyebabkan masalah. Sekiranya ia tumbuh agak besar ia boleh menyebabkan gejala seperti pengeluaran hormon pada sel-sel kelenjar yang boleh menyebabkan kita tertekan dan boleh menimbulkan masalah yang tidak diingini.

KETUMBUHAN-MALIGNANT

Malignant ketumbuhan cenderung membesar agak cepat, dan boleh merebak ke dalam tisu dan organ tubuh berdekatan yang boleh menyebabkan kerosakan. Asalnya ketumbuhan dipanggil ketumbuhan Utama. ketumbuhan malignan boleh juga tersebar pada bahagian lain badan untuk membentuk ketumbuhan 'menengah' (metastases). ketumbuhan menengah ini kemudian tumbuh, dan akan menular lain-lain tisu yang berdekatan.
Peringatan: Tidak semua barah membentuk pepejal ketumbuhan. Sebagai contoh, dalam barah sel-sel darah (leukemia) banyak sel darah luar biasa dibuat di sumsum tulang dan mengedarkannya kedalam aliran darah.


TANDA AMARAN BARAH

Senarai di bawah hanya tanda umum barah. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara.
  • Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.
  • Pigmen atau ketuat yang semakin membesar (jadi hitam dan berdarah)
  • Ketulan pada buah dada.
  • Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).
  • Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.
  • Air kencing berdarah.
  • Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.
  • Sakit tekak dan batuk yang berpanjangan.
  • Sukar menelan makanan.



    BARAH PAYUDARA



    Barah payu dara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel barah (malignan) dalam tisu-tisu payu dara.
    Barah payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah: 
    • Lobus iaitu bahagian yang menghasilkan susu
    • Duktus iaitu bahagian yang menghantar susu ke puting
    • Bahagian tisu lemak payu dara (jarang berlaku)
     Biasanya, barah payu dara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam barah tidak invasif, sel-sel barah hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam barah invasif, sel-sel barah tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payu dara.
    Barah payu dara yang paling biasa berlaku ialah barah duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Manakala barah lobular pula bermula dari lobus atau lobul. barah jenis ini selalunya terdapat di beberapa kawasan dalam payu dara.
    barah payu dara inflamasi pula merupakan barah payu dara yang jarang-jarang berlaku.

BAGAIMANA IA TERSEBAR?
 

 Barah payu dara boleh merebak melalui cara-cara berikut: 
  • barah tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
  • barah payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
  • Dianggarkan jika barah payu dara berukuran 1.6 sm., kemungkinan telah lama berada dalam payu dara sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada masa ini, sel barah mungkin telah masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
  • Walaupun ketumbuhan barah payu dara yang dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin merebak atau mengalami metastasis.

FAKTOR YANG MEMBERI RISIKO TINGGI 

1. Umur - umur adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko barah payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1/ 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat barah payu dara. Namun akan meningkat kepada 1/50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat beberapa bukti menunjukkan penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah payu dara
3. Sejarah mengidap barah - pernah menghidap barah payudara sebelum ini. Ini mungkin menjadi faktor utama pembentukkan barah.payu dara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif.



APA ITU KANSER PANGKAL HIDUNG?

Kanser pangkal hidung adalah kanser yang terletak jauh dibelakang rongga hidung. Kanser ini adalah antara kanser yang sepuluh tertinggi dikalangan rakyat malaysia selain dari kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan kanser usus. Mengikut statistik kaum Cina adalah kaum yang paling ramai mengalaminya diikuti kaum Melayu. Manakala kaum India jarang-jarang ditemui mengalami penyakit ini.

 

APAKAH YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PENYAKIT INI?
Faktor penyebab penyakit ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah faktor keturunan, jangkitan virus EBV (Epstein Bar Virus), pengambilan makanan yang diawet dengan kerap seperti ikan masin dll.

TANDA-TANDA PENYAKIT

Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya terdapat beberapa tanda. Antaranya adalah hidung tersumbat, perdarahan hidung atau kesan darah pada air liur di waktu pagi, kurang pendengaran pada sebelah telinga, telinga berdesing, terdapat bengkak yang  tidak sakit pada leher dan penglihatan kabur atau bertindih.
Sekiranya anda mengalami  salah satu daripada gejala tersebut, adalah dinasihatkan supaya melakukan pemeriksaan lanjut.


PEMERIKSAAN DAN RAWATAN

Sekiranya pesakit hadir dengan gejala yang disebutkan tadi, pemeriksaan endoscope akan dilakukan oleh doktor pakar ENT untuk memastikan tiada ketumbuhan di bahagian pangkal hidung. Sekiranya terdapat kebengkakan, cubitan sedikit pada isi tersebut akan dilakukan untuk ujian makmal. Pemeriksaan  tersebut boleh dilakukan dalam masa 5 ke 10 minit dan ianya tidak terlalu menyakitkan.
Sekiranya terdapat kebengkakan, pesakit akan  seterusnya diperiksa melalui CT Scan untuk melihat saiz ketumbuhan yang sebenar. X-ray dada dan ultrasound hati perlu untuk melihat sejauh mana kanser tersebut telah merebak.
Rawatan awal adalah diperlukan untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum. Kebiasaannya pesakit akan dirawat dengan radiotherapy dan mungkin diikuti oleh chemotherapy mengikut tahap kanser tersebut.

    No comments:

    Post a Comment