Sunday 14 October 2012

TRANSFER FACTOR (TF)



Tranfer Factor adalah molekul terkecil di dalam kolostrum. Tiap-tiap ibu yang menyusukan suapan bayi itu pas pada imuniti sendiri - sebenarnya dia pas ke atas semua maklumat yang sistem imunnya telah diperolehi semasa hayatnya. Proses ini bermula dengan susu pertama: pra-ibu susu yang dipanggil kolostrum. Yang paling berharga "senjata imuniti" dalam kolostrum adalah molekul terkecil dipanggil Faktor Pemindahan. Ia adalah Pemindahan Faktor-faktor yang meningkatkan aktiviti Sel Pembunuh Semulajadi dalam sistem imun kita, sebanyak 5 kali lebih daripada apa-apa lagi yang kita tahu! Sel Pembunuh Semulajadi menyerang dan membunuh bakteria, virus, kulat dan malignan (kanser) pada kenalan.
Faktor-faktor pemindahan terbukti untuk menjadi 100% selamat, asli dan benar-benar bukan toksik. Penyelidik telah diberi dos yang besar kepada sukarelawan dengan tiada kesan sampingan negatif. Produk Transfer Factor mengandungi hanya bahan-bahan semulajadi dan tidak diklasifikasikan sebagai dadah.



Yang bekerja dengan Produk Transfer Factor?
Beribu-ribu Profesional Kesihatan di seluruh dunia, termasuk banyak pakar bedah doktor dan terkenal mengesyorkan mereka kepada pesakit mereka.
Mereka dibersihkan untuk digunakan oleh atlet berprestasi tinggi untuk latihan dalam pelbagai sukan profesional dan amatur dan persaingan Olimpik.
Sesiapa sahaja mana-mana umur yang mahu untuk meningkatkan IQ sistem imun atau menindas sistem imun yang lebih aktif.
  
 Kami menawarkan anda selamat dan terjamin, produk yang paling amat berkesan, dipatenkan dan terbukti, produk 100% imun semulajadi modulasi pernah ditawarkan kepada orang awam.

USAHA,TAWAKAL DAN YAKIN MAMPU MEMBERIKAN PENAWAR UNTUK KESIHATAN DIRI KITA.
SEMOGA MENUJU KESIHATAN YANG GEMILANG,INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH.

SISTEM IMUN



TUGAS SISTEM IMUN

Sistem Imun adalah pertahanan awal yang melawan semua ancaman penyakit dan gangguan luar terhadap pertahanan badan.

TUGAS SISTEM IMUN anda adalah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui 3 cara utama:

1-ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh

2-jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan merebak.

3-jika virus atau bakteria mula merebak dan menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.

Apabila bakteria atau virus memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya bakteria Streptokokus menyebabkan radang tekak. Virus pula pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel2 saraf dan menyebabkan kelumpuhan. Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya demam, campak, beguk, malaria dan AIDS

Bagaimana Sistem Imun menjadi lemah?

1-RAWATAN PERUBATAN- Antibiotik, Suntikan vaksin, X-Ray, Kimoterapi
2-PEMBEDAHAN TIDAK PERLU - membuang Tongsil dan Apendiks
3-MAKANAN YANG MEMUDARATKAN-Gula, Susu Lembu, Lemak dan Minyak, Makanan Tiruan
4-PERSEKITARAN- Radiasi Elektro Magnet, Radiasi Ultraungu, Radiasi Pengionan, Asap Ekzos Kenderaan
5- GAYA HIDUP-Tekanan, Tidur Lewat, Alkohol, Merokok
6-BAHAN KIMIA- Bahan Penampal Gigi, Bahan2 Kimia Pengganggu, Plastik dan Cat Endoktrin, Kosmetik

Oleh itu tingkatkan sistem imun bagi pencegahan dan pemulihan penyakit dan kesempurnaan sistem badan. TRANSFER FACTOR telah diuji sains dan terbukti dapat menjalankan tugas ini. Penjagaan kesihatan tiada kompromi.

Sumber Info dari Majalah Potensi Edisi-17





KETAHUI BAGAIMANA SISTEM IMUN BEKERJA 


Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat.

Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan SEL T-PEMBANTU.SEL T-PEMBANTU.adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. SEL T-PEMBANTU akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya SEL T-PEMBANTU memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat.Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS. Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu kita belum pernah terdedah kepadanya. TRANSFER FACTOR memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh yang datang menyerang.

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural).TRANSFER FACTOR ADVANCE dan TRANSFER FACTOR PLUS masing-masing telah disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 283% dan 437%.

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus.TRANSFER FACTOR mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan seterusnya menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun.

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik. TRANSFER FACTOR RIOVIDA membekalkan antioksidan dan TRANSFER FACTOR yang diperlukan oleh tubuh kita..

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.
Sumber dipetik daripada http://www.kesihatan.biz/artikel/imun.phpKita sering terdedah kepada semua penceroboh asing ini yang menjadi punca kepada masalah kesihatan masa kini